Jimat MaSA,TenAGA,WaNG.No Parking..No Toll.

Jumaat, 27 November 2015

83 Peratus beli secara Online

Kuala Lumpur: Visa dan Maybank mengumumkan untuk melancarkan Visa Checkout, satu perkhidmatan pembayaran baru bagi memudahkan proses membeli-belah dalam talian.

Melalui perkhidmatan berkenaan, pengguna tidak perlu mengisi semula butiran pembayaran, penghantaran atau bil mereka apabila membuat pembelian dalam talian.

Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, membeli-belah dalam talian sudah menjadi satu bahagian penting selari dengan kajian Visa yang menunjukkan rakyat Malaysia menghabiskan purata sebanyak lima jam setengah setiap hari di dalam talian.

“Kajian kami juga menunjukkan bahawa 83 peratus rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu dan kita adalah pembeli yang paling kerap melayari laman web luar negara berbanding negara lain di seluruh Asia Tenggara.

“Ketika eDagang kini meningkat hampir empat kali lebih cepat daripada perdagangan tradisional. Kami percaya Visa Checkout akan meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian dan kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Maybank sebagai pengeluar pertama untuk memperkenalkan perkhidmatan ini di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Visa Checkout menyimpan butiran pemegang kad dan membolehkan mereka untuk hanya mengisi nama pengguna dan kata laluan untuk melengkapkan proses pembayaran dalam beberapa klik tanpa perlu meninggalkan laman web peniaga.

Menurutnya, perkhidmatan berkenaan memberi kelebihan kepada Maybank untuk berada di barisan hadapan dalam inovasi dan memperkenalkan produk serta penyelesaian bagi pemegang kad Maybank.
“Kami juga akan menjadi pengeluar pertama yang menawarkan Visa Checkout untuk pemegang kad dan percaya bahawa perkhidmatan ini akan memberi pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih baik,” katanya.

Mulai hari ini, pelanggan Maybank boleh mendaftar untuk perkhidmatan Visa Checkout di www.maybank.com.my dan senarai peruncit-peruncit tempatan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Jom  shopping di Lazada



Tiada ulasan:

Catat Ulasan